‘Rasuah Busters’ kumpul kepakaran secara sukarela untuk hapuskan rasuah

Sebanyak 15 individu dengan kepakaran dalam bidang masing-masing secara sukarela menyertai Pasukan Teras Rasuah Busters untuk memerangi budaya rasuah.

Ketua Pasukan Rasuah Busters yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesemua individu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

“Pasukan ini akan menjadi gandingan pemikir dalam penyusunan strategi, pengurusan komunikasi dan gerka kerja serta pembentukan jalinan strategik untuk membanteras pandemik rasuah.

“Mereka juga akan menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan impak keberhasilan gerakan Rasuah Busters berjaya mencapai seluruh segmen masyarakat dalam negara,” katanya dalam sesi memperkenalkan ahli Pasukan Teras Rasuah Busters di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.

Selain Hussamuddin, ahli Pasukan Teras Rasuah Busters ialah Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy; Pengerusi Akademi Sinergi Ikhlas, Fazrul Fahmee Ismail; Profesor Adjung Taylor’s Uni’s School, Harmandar Singh; Penulis, Chiew Ruoh Peng dan wartawan, Dr G Manimaran.

Menurut Hussamuddin, gabungan ini diharap dapat melakukan transformasi sistem nilai secara harmoni berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here