Treler terbabas rempuh 7 kenderaan

Gara-gara sebuah treler terbabas menyebabkan tujuh kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 445, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara sebelum susur Tol Rawang, Gombak di sini lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 4.50 petang ketika treler tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Rawang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, treler itu disyaki telah hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh beberapa buah kenderaan yang berada di lorong yang sama.

 “Akibat rempuhan berkenaan, beberapa kenderaan mengalami kerosakan yang teruk, bagaimanapun pemandu dan penumpang kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan (luka),” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here