Bunuh abang, kakak ipar-Jurukimpal dipenjara 38 tahun!

Ipoh, Ogos-
Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 38 tahun terhadap seorang warga emas selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim, Datuk Abdul Wahab Mohamed, susulan pengakuan salah dibuat oleh tertuduh, Ng Chun Ming, 63, pada 16 Julai lalu, susulan sabitan terhadap dua tuduhan pindaan yang dikemukakan kepadanya dan dibacakan dalam bahasa Kantonis ketika itu.

Chun Ming yang juga jurukimpal dan bapa kepada seorang anak lelaki itu, membuat pengakuan bersalah pada hari pertama ketika kes itu ditetapkan untuk perbicaraan yang dijadualkan di antara 15 hingga 19 Julai lalu.

Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh ketika itu, Abdul Wahab menetapkan hari ini untuk mitigasi dan hukuman kepada tertuduh yang diwakili oleh peguam bela Amir Faliq Mohamad Jamil, Afina Abdul Hakim dan Nurhusna Mohd Tharimazi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here