Hulu Selangor,Feb-
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning susulan tumpahan minyak dari sebuah lori yang terbabit kemalangan di Sungai Bernam, Kampung Serigala, Behrang di sini, hari ini.
LUAS memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari dengan tumpahan daripada kenderaan terbabit sepanjang 100 meter mengalir masuk ke sungai.
“Kod Kuning itu mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera.
“Kejadian ini berpotensi memberi kesan kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pada jarak 3.2 kilometer (km) dan LRA Bernam River Headwork (BRH) pada jarak 31.5 km,” katanya.
LUAS berkata, semakan di lokasi kejadian dan persekitaran mendapati lori yang belum dikenal pasti pemiliknya disyaki terbabas dan masuk ke dalam Sungai Bernam.
























