Perhimpunan KerajaanGagal di Parit Raja, seorang ditahan

Polis Batu Pahat mengesahkan mengenai perhimpunan “Kerajaan Gagal” di sana dan berjaya disuraikan.

Polis juga telah menangkap seorang lelaki berumur 21 tahun untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, pada 11.04 pagi semalam, polis telah menerima panggilan telefon mengenai satu kain sepanduk di jejantas Jalan Parit Raja ke Ayer Hitam, Batu Pahat.

namun, apabila beberapa anggota polis ke sana, ia telah tidak ada lagi.

Pada jam 7.36 malam tadi, polis menerima satu laporan tentang rakaman video perhimpunan, pembakaran flare dan kejadian menaikkan kain rentang yang bertulis “Kerajaan Gagal”.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang yang sama yang dgantung di jejantas berkenaan,” kata Ismail.

Menurutnya, pihak polis mengesahkan telah menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12 malam hingga 1.00 pagi melaporkan aktiviti Mat rempit di kawasan Parit Raja dan berjaya disuraikan, katanya.

Sebelum ini, #KerajaanGagal menjadi tular di media sosial dan kini ia ke jalan raya pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here