Henti ke pasar setiap hari

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini meminta semua pengguna Malaysia untuk berhenti pergi ke pasar setiap hari ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19.

Sebaliknya, Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow meminta pengguna untuk membiasakan diri dalam merancang pembelian barangan yang boleh disimpan supaya tidak perlu ke pasar atau pasar raya setiap hari.

“Pengguna harus merancang barangan kegunaan selama tiga atau empat hari berikutnya setelah dibeli. Ratusan pengguna pergi ke pasar dan pasar raya setiap hari. Insiden COVID-19 kemungkinan akan berkurang jika ini dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tinjauan CAP mendapati pengguna khususnya yang pergi ke pasar setiap hari untuk membeli sayur-sayuran dan bahan-bahan lain akan menghabiskan masa berjam-jam di pasar. 

CAP ingin mengingatkan pengguna Malaysia bahawa pengguna perlu membiasakan diri untuk menghentikan budaya membeli harian ini. 

Katanya, rakyat Malaysia harus berdisiplin dan kawal diri untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam menyekat penularan wabak pandemik COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here