741 calon STPM 2020 mendapat PNGK 4.00

SHAH ALAM – Seramai 741 daripada 42,988 calon mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, daripada jumlah itu seramai 554 calon atau 74.76 peratus adalah golongan B40.

Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 ini berkurangan sebanyak 61 calon daripada 802 calon yang mendapat PNGK 4.00 pada 2019, katanya pada sidang media pengumuman keputusan STPM 2020 yang berlangsung secara maya pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here