Selangor, KL dikenakan PKPD selama 14 hari

KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari mulai 3 hingga 16 Julai kata Menteri Kanan Selangor, KL kena PKPD selama 14 hari

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan

kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di dua negeri tersebut.

“Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1 per 100,000 penduduk,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ismail Sabri berkata, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri tersebut masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” ujarnya.

 

k) Mesyuarat bersetuju supaya dilaksanakan PKPD bersasar di lokaliti-lokaliti berikut:

(i) WP Kuala Lumpur

a) PPR Batu Muda
b) Kampung Padang Balang
c) Flat Sri Sabah
d) Kampung Puah
e) PPR Kampung Baru Air Panas
f) Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Dilema)
g) Kampung Batu Muda
h) PPR Kerinchi
i) Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
j) Flat Danau Kota
k) Taman Ikan Emas
l) Bandar Baru Sentul

(ii) Selangor

a) Daerah Petaling

i) Mukim Petaling
ii) Mukim Damansara
iii) Mukim Sg Buloh
iv) Mukim Bukit Raja

b) Daerah Hulu Langat

i) Mukim Ampang
ii) Mukim Cheras
iii) Mukim Kajang
iv) Mukim Semenyih
v) Mukim Beranang
vi) Mukim Hulu Langat

c) Daerah Sepang

i) Mukim Dengkil
ii) Mukim Labu
iii) Mukim Sepang

d) Daerah Gombak

i) Mukim Batu
ii) Mukim Rawang
iii) Mukim Setapak
iv) Mukim Hulu Langat
v) Mukim Kuang

e) Daerah Kuala Langat

i) Mukim Tanjung 12 (1)
ii) Mukim Tanjung 12 (2)
iii) Mukim Teluk Panglima Garang
iv) Mukim Morib
v) Mukim Bandar
vi) Mukim Jugra
vii) Mukim Batu

f) Daerah Klang

i) Mukim Kapar
ii) Mukim Klang

g) Daerah Kuala Selangor

i) Mukim Ijok
ii) Mukim Bestari Jaya
iii) Mukim Jeram
iv) Mukim Tanjung Karang

h) Hulu Selangor

i) Mukim Serendah
ii) Mukim Rasa
iii) Mukim Ulu Yam
iv) Mukim Batang Kali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here