Shah Alam, Ogos-
Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-67 peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 di sini berlangsung pada malam 30 Ogos ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kira-kira 10,000 pengunjung akan meraikan sambutan berkenaan dengan pelbagai acara menarik.
“(Pada Sambutan itu) akan ada persembahan daripada oleh pasukan perbarisan serta penyampaian anugerah tokoh kemerdekaan negeri,” katanya selepas Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pusat khidmat masyarakat di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan mengagihkan bendera secara percuma.
“Bendera itu akan diagihkan di rumah-rumah di kawasan kampung serta bandar.
“Bendera yang kita kibarkan ini melambangkan jiwa bangsa merdeka yang harus kita tanamkan dalam hati sanubari rakyat dan anak-anak kita generasi iaitu pelapis masa depan,” katanya.