Biarkan negeri membuat konsesi sendiri, kata Putrajaya

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi dan bekas timbalan menteri menyokong gesaan agar kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) diberikan kepada negeri yang menunjukkan perkembangan baik dalam menangani pandemik Covid-19.

Pakar ekonomi dari University Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams menggesa Putrajaya membenarkan kerajaan negeri membuat keputusan itu sendiri manakala bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ia lebih masuk akal dengan mengambil kira tahap jangkitan di pelbagai lokasi. Williams berkata, situasi ekonomi yang semakin teruk memerlukan usaha lebih keras oleh kerajaan bagi membolehkan PKP ditamatkan di seluruh negara.

Melihat kepada jangkitan yang menular beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyerahkan kuasa itu kepada kerajaan negeri dan memberi sokongan mengikut keperluan mereka. Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak menyokong perintah berkurung sebagai dasar memandangkan ia memberi kesan buruk terhadap sosial serta ekonomi dan secara jelasnya, PKP tidak memberi hasil.

Malah, indikasi semasa seperti bilangan kes, kadar positif dan jangkitan tidak berguna sama sekali kerana kita lebih bergantung kepada bilangan ujian yang dilakukan. Bagi mengurangkan bilangan kes, anda hanya perlu mengurangkan bilangan ujian. Jadi anda tidak boleh menggunakannya sebagai panduan dan polisi, katanya.

Manakala Lee pula berkata, pembukaan semula operasi perniagaan di negeri dengan bilangan kes yang rendah tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). Langkah ketat perlu dilaksanakan seperti penjarakan sosial dan pematuhan SOP harus diikuti,katanya.

Jika kes terus meningkat katanya, pengesanan kontak dan ujian perlu dilakukan. Pengasingan kontak rapat perlu dilakukan segera sebelum jangkitan tersebar,” katanya. Beliau menggesa pelaksanaan “PKP secara mampan” yang tidak menimbulkan komplikasi yang memburukkan situasi ekonomi ketika ini. Ketika perintah itu dilanjutkan terdapat banyak gesaan supaya kerajaan mengendalikan PKP secara berbeza di setiap negeri dan lokaliti yang mempunyai bilangan kes yang rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here