8 rumah kedai musnah terbakar

Bintulu: Lapan unit rumah kedai termasuk pejabat musnah dalam kebakaran di Pekan Sungai Asap, Belaga, di sini, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan pada 5.30 pagi.

Menurutnya, pasukan Bomba Sukarela Sungai Asap antara yang terawal tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja pemadaman. Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan BBP Belaga mendapati api masih marak yang memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah kedai jenis tidak kekal.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi menggelakkan kebakaran merebak ke premis lain yang berdekatan,katanya. Katanya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here