Senator MCA bidas ketua Pemuda Umno

Kuala Lumpur, Mac.
Senator MCA menyifatkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh seolah-olah mahu menjadi “penguat kuasa, penterjemah undang-undang dan hakim”, merujuk penjualan stoking tertera kalimah Allah dan permohonan maaf pihak terlibat.

Ti Lian Ker berkata, Akmal bertindak mengikut emosi tanpa mengambil kira undang-undang dan ada ketika mengambil tindakan sendiri.

“Tindakan angkuh dan tidak endah undang-undang inilah yang mengakibatkan rakyat ‘fed-up’ dan jemu…tindakan ini bukanlah suci murni tetapi membuli,” katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Negara.

Ti, bekas naib presiden MCA juga mendakwa, sikap Akmal diteladani kumpulan “vigilante” yang mengambil tindakan sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here