Bomba selamat dua mangsa terperangkap dalam kebakaran

Kuala Lumpur: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa dua individu yang terperangkap di dalam sebuah rumah kedai di Taman Desa, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.23 pagi tadi.

Seramai 35 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bukit Jalil dan BBP Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi pada 10.28 pagi, anggota mendapati terdapat kebakaran membabitkan bangunan rumah kedai di tingkat tiga.

Terdapat terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang terperangkap di dalam premis dan mereka diselamatkan menggunakan tangga yang dipasang di bahagian tepi bangunan,” katanya dalam kenyataan, di sini. Katanya, kebakaran itu berjaya di kawal oleh anggota bomba daripada merebak pada 10.46 pagi menggunakan teknik pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’. Rumah kedai itu dianggarkan 100 peratus musnah. Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here