PELAKON BOLLYWOOD LEGENDA DILIP KUMAR MENINGGAL DUNIA

Pelakon legenda Dilip Kumar meninggal dunia pagi ini setelah sekian lama menderita sakit.

Mendiang berusia 98 tahun.

Dilip Kumar yang terkenal dengan jolokan ‘raja tragedi’ telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Hinduja sejak Selasa.

Kematian Dilip diumumkan rakan keluarga, Faisal Faisalqui di akaun Twitter pelakon itu.

“Dengan hati yang berat dan kesedihan yang amat mendalam, saya mengumumkan pemergian Dilip yang kami sayangi, beberapa minit yang lalu.

Pemergian Dilip disahkan doktor yang merawat mendiang.

“Mendiang meninggal dunia kerana sakit berpanjangan pada jam 7.30 pagi,” kata Dr Jalil Parkar.

Dilip Kumar sering keluar masuk hospital dalam sebulan terakhir ini.

Punca kematian Dilip walau bagaimanapun tidak diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here