Pemandu lori bunuh dalam kedai kopi – Lelaki ditahan

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pemandu lori di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Dep Supt Safuan Mohd Noor berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan jam 1 petang Selasa di pekarangan Hospital Kulim.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian serangan terhadap mangsa yang berusia 27 tahun itu walaupun terdapat kesan cedera pada tubuhnya.

“Hasil soal siasat, suspek memaklumkan dia dicederakan oleh seseorang menggunakan pisau sewaktu berada di depan kedai kopi berkenaan.

“Suspek kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital selepas mengalami kecederaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here