Takut dengan ​alasan pasal, lelaki sanggup menyelam ke Sungai Golok untuk berenang ke Thailand

Seorang lelaki bertindak terjun ke Sungai Golok dan lari ke Thailand dengan meninggalkan 5kg ganja bernilai RM12,500 dalam kejadian di pangkalan haram Pos Man, Rantau Panjang di Kelantan, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA7 Azhari Nusi berkata, lelaki berkenaan dilihat berada di bawah pondok bersama sebuah kotak dalam keadaan mencurigakan oleh anggota yang membuat rondaan bermotosikal.

Katanya, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki berkenaan terjun ke sungai dan meninggalkan kotak yang dibawanya sebelum anggota membuat pemeriksaan pada kotak dan menemukan ganja serta picagari dipercayai milik suspek.

“Semua dadah ini disyaki diseludup daripada negara jiran, Thailand. Kegiatan berkenaan dilakukan pada waktu malam di kawasan yang agak gelap bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Azhari berkata, semua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here