Dihukum lima bulan penjara ceroboh Istana Pasir Pelangi

 Seorang bekas pekerja hotel dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh Istana Pasir Pelangi pada jam 9.22 pagi, 22 Mei lalu.

Tertuduh, Juel Huran, 35, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret, Lee Jun Keong selepas membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati bersalah kerana berada di kawasan istana tanpa memiliki pas, permit atau kad yang dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak lagi bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan memohon dikurangkan hukuman kerana menanggung isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here