Gaduh dengan isteri, lelaki bakar kereta kakak ipar

Seorang lelaki bertindak membakar dua buah kereta dalam kejadian di Kampung Indah, Bahau pagi semalam setelah dipercayai bergaduh dengan isterinya. Dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, suspek yang berusia 26 tahun membakar Perodua Kancil milik mentuanya dan Proton Satria milik kakak iparnya, kata Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook.

“Suspek kemudian membaling kain berkenaan ke arah kereta Perodua Kancil menyebabkan ia terbakar pada bahagian luar tangki minyak.” Suspek melarikan diri setelah sedar tindakannya disedari mentuanya. Mangsa kemudian mendapati Proton Satria yang berada di garaj turut terbakar dan memanggil anaknya yang tinggal berhampiran bagi memadamkan api.

“Siasatan mendapati pada Ahad lalu suspek bergaduh dengan isterinya dan isteri suspek membuat laporan polis. Suspek berjaya ditangkap polis di Bahau, kata Hoo. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here