Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser.
Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak beliau Anita Azrina, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam.
Beliau yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah di bawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, di sini pada pukul 9 pagi untuk disolatkan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/ Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.