PPV IDEAL CONVENTION CENTER SHAH ALAM DITUTUP HARI INI SUSULAN  204 PETUGAS DIDAPATI POSITIF COVID-19

Petaling Jaya, Julai 13-

Pusat pemberian vaksin (PPV), di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, ditutup selama satu pada hari ini, susulan kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV terbabit. Khairy mengulas daripada 453 petugas 204 orang disahkan positif Covid-19.  

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berkata langkah segera penutupan berkenaan diambil hasil daripada keputusan ujian Covid-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Justeru, jawatankuasa berkenaan menasihatkan orang ramai yang mengunjungi PPV terbabit pada 29 Jun hingga 12 Julai untuk melakukan penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Janji temu yang diberikan pada 13 Julai akan dijadual semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin dan butiran lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here