10,710 kes baru, hari ini tertinggi 153 kematian

Kementerian Kesihatan (KIKM) hari ini memaklumkan sebanyak 10,710 kes baru Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 4,828 kes. Sementara itu Johor mencatatkan kenaikan ketara apabila sebanyak 808 kes baru dilaporkan, yang tertinggi sejak Februari lalu.

Kes baru di negeri itu menunjukkan trend peningkatan sejak 28 hari yang lalu. Selain itu, Kedah juga menunjukkan peningkatan serupa. Bagaimanapun Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sedikit apabila sebanyak 771 kes baru dilaporkan berbanding lima hari sebelum ini yang mencatatkan empat angka.

Dalam pada itu, seramai 153 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia hari ini. Ia merupakan rekod tertinggi kes kematian buat dua hari berturut-turut. Kes aktif juga meningkat kepada 124,593 kes – menambah lagi tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.

Pesakit sembuh: 5,778

Kes baru: 10,710

  • Kes aktif : 124,593
  • Pesakit dalam ICU: 909
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 445
  • Kematian: 153 (jumlah setakat ini – 7,019)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here