Kes harian Covid-19 melonjak kepada 17,045 hari ini

covid

Kementerian Kesihatan melaporkan 17,045 kes Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan kini melepasi tahap 1 juta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan jangkitan itu kini berjumlah 1,013,438 kes.Katanya, Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 8,500 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273), Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here