KERAJAAN  MENGHADAPI TEKANAN LETAK JAWATAN

Shah Alam, Jul 29 –

Kerajaan pemerintahan mula berdepan desakan selepas Yang di-Pertuan Agong dukacita dengan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan kerana mengelirukan Dewan Rakyat dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya derhaka kepada agong dan justeru itu harus meletakkan jawatan.

“Perdana menteri Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri tanpa pilihan wajib meletak jawatan dengan serta-merta!” katanya.

Sementara itu, bekas menteri Rafidah Aziz pula berkata pemecatan atau pengunduran harus dibuat susulan tindakan itu.

“Perkara itu terang-terang mengetepikan Agong dan tidak boleh diterima.

“Kerajaan ini ternyata mengetepikan proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan negara,” katanya.

Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu melepaskan jawatan susulan perkembangan terkini di Parlimen.

Menurut sumber, perkara itu menjadi bualan dalam kalangan kakitangan Parlimen.

“Ada pihak akan dijadikan kambing hitam dalam krisis yang berlaku ini.

“Sama ada Azhar Azizan atau pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tetapi ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja,”

Difahamkan selepas Parlimen berhenti bersidang pada pukul 1 petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lepas tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, Sidang Khas Parlimen terpaksa dihentikan selepas mendapat desakan daripada ahli-ahli Parlimen.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here