Anjing K9 ditempatkan di SJR sempadan

Polis memperkukuhkan lagi kawalan di pintu masuk di negeri ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan dengan menempatkan Unit Anjing Pengesan (K9) di sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kehadiran Unit K9 itu telah terbukti berkesan dalam membanteras aktiviti jenayah yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ketika melalui SJR.

“Ini merupakan salah satu usaha yang kita ambil untuk membendung kemasukan barang salah atau perlakuan jenayah,” katanya kepada pemberita pada Program Kunjungan Mahabbah Ke Masjid Mukim Permatang Sungkai, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, buat masa ini kekuatan K9 digunakan sepenuhnya di SJR Jeli, bagaimanapun unit tersebut akan turut digerakkan ke Gua Musang.

Shafien berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu merentas negeri tanpa kebenaran.

Katanya, setakat ini empat SJR masih dikekalkan iaitu di hadapan Balai Polis Bukit Yong (Pasir Puteh), dua di Gua Musang (Lojing dan Kuala Lipis) serta Jeli.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya tidak mudah termakan pujukan ‘scammer’ menggunakan panggilan telefon dan media sosial.

Katanya, kebanyakan ‘scammer’ menjadikan golongan wanita sebagai sasaran utama dalam kegiatan mereka.

“Sepanjang tahun lalu ‘scammer’ telah mengaut keuntungan puluhan juta ringgit hasil penipuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here