2 hospital di Kedah memerlukan bekas menyimpan mayat pesakit Covid-19

 Dua hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 berikutan peti mayat yang digunakan ketika ini sentiasa penuh. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata hospital terbabit adalah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Katanya, ketika ini, mereka memberi keutamaan untuk merawat pesakit kategori 4 dan 5 sebagai langkah menangani peningkatan kes pesakit yang semakin tinggi. Kita beri keutamaan untuk merawat kategori ini di hospital manakala kategori lain dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Bagaimanapun, bukan semua pesakit yang dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia masih mencukupi, katanya. Tidak semua pesakit Covid-19 dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia (alat pernafasan) masih mencukupi kerana tidak semua pesakit memerlukannya katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here