PESTA AADI PERUKU DITANGGUHKAN TAHUN INI

Aadi Peruku biasanya dikenali sebagai festival monsun Aadi dan perayaan yang disambut pada hari ke-18 bulan Tamil Aadi iaitu pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos.

Festival ini memberi penghormatan kepada sumber air  yang menopang kehidupan. Untuk berkat umat manusia dengan kedamaian, kemakmuran dan kebahagiaan, pemujaan alam dalam bentuk dewa Amman.

Pesta Aadi juga menandakan terima kasih pada dewa Parvathi kerana membawa kemakmuran kesuburan pada hasil tanaman. Perayaan ini juga membawa harapan kesegaran air sungai atau laut dan membawa harapan kepada para petani kegembiraan pada keluarga terutamanya pada pasangan pengantin baru. 

Festival ini juga khas untuk pasangan suami isteri yang baru kahwin untuk menyempurnakan perkahwinan dengan mendapat restu dari sumber air bumi. Pasangan yang baru kahwin memuja dengan memberi buah-buahan, bunga dan manisan supaya kehidupan mereka dilengkapi dengan kesyukuran. Seterusnya pasangan mengapungkan kalung perkahwinan, cahaya penghormatan di perairan dan mandi sebagai tanda restu dari sumber air.

Setiap tahun pesta Aadi Perukku disambut dengan meriah di pantai Morib. Tetapi tahun ini pesta ini harus ditangguhkan disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) susulan dengan kes yang semakin meningkat.  Selain daripada itu, di kawasan perairan yang ditiup dengan angin monson  kencang yang boleh membahayakan dan ditakuti menyebabkan padah kepada umat manusia yang mengunjungi pantai berkenaan.

Pasukan polis dan pihak penyelamat rondaan memberi amaran dan meletakaan papan amaran di beberapa kawasan supaya berwaspada untuk melalui kawasan perairan.  Majlis Perbandaran Kuala Langat juga tidak memberi kebenaran bagi meraihkan Pesta Aadi tahun ini.

Lebih-lebih lagi pasukan penyelamat juga berkhemah di kawasan perairan untuk menyenangkan kerja-kerja rondaan. 

 “Keadaan sangat mencabar ketika ini kerana laut di kawasan masih bergelora dengan ombak pengeloraan laut” 

Dalam pada ini adakah berkumpul beramai-ramai mengadakan pesta sesuatu yang wajar? Sejauh manakah untuk mengadakan upacara sembahyang patut dilakukan dengan keadaan sebegini dengan kes melambung di negeri Selangor” kata aktivis sosial  Anbalagan mengajukan pandanganya.

Beliau juga mengingatkan insiden yang baru-baru mangadai nyawa seorang pemuda India Thinesh akibat pengeloraan laut.

Aadi adalah bulan semangat dan peringatan yang didedikasikan untuk Dewi-dewi yang berkaitan dengan air dan kekuatan semula jadi yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here