Kes baru tertinggi 17,786 ; kematian 165

Kementerian Kesihatan melaporkan 17,786 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi setakat ini. Angka tertinggi sebelum ini adalah 17,405 kes pada 28 Julai.

Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 1,113,272. Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 6,400.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035), Negeri Sembilan (929), Terengganu (883), Perak (775), Penang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485), Putrajaya (116), Perlis (16) and Labuan (9).

Terdapat 189, 609 kes aktif, dengan catatan 1,062 pesakit dirawat di unit rawatan rapi ( ICU) manakala 534 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah ditempatkan di ICU hari ini mengatasi angka semalam iaitu sebanyak 1,055 pesakit. Sementara itu, 165 kematian dicatatkan menjadikan angka kematian sebanyak 9,024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here