Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, 2 maut

Kuala Lumpur, Mac.
Sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang, menyebabkan dua maut manakala 14 lagi penumpang cedera selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbalik pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan laporan awal diterima, bas terbabit dinaiki 16 orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Karak. Penumpang bas termasuk empat warga negara asing dan seorang mangsa tersepit. Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Kejadian dilaporkan kira-kira jam 7.50 pagi yang menyebabkan aliran trafik arah ke timur mengalami kesesakan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook, melaporkan aliran trafik arah timur terhenti sepenuhnya menyebabkan kesesakan sepanjang 4.7 kilometer (km), manakala arah barat, trafik kini sesak sepanjang 2.2km.

“Semua lorong arah timur dan arah barat terhalang bagi kerja pengalihan. Trafik arah barat dilencongkan ke Hentian Sebelah Lentang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here