COVID-19: REKOD TERTINGGI 19,819 KES HARI INI

Petaling Jaya, Aug 4-

Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 19,819 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,183,110 kes.

Rekod terdahulu ialah 17,105 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 8,377 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Johor (1,162), Kelantan (1,003), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558), Sarawak (552), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (46), Perlis (11) dan Labuan (lima).

Kelantan dan Pulau Pinang mencatatkan rekod tertinggi untuk jumlah kes harian Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here