GUGUSAN SEMARAK KOTA DAMANSARA DIKAWAD DURI

Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan akan dikuatkuasakan bermula 6 Ogos 2021 (Jumaat) sehingga 19 Ogos 2021 (Khamis).

Gugusan Semarak merangkumi 13 blok bertingkat lima dengan jumlah isi rumah sebanyak 1,040 buah. Perimeter kawasan yang akan dipasang kawad duri adalah sepanjang 1.2 kilometer. Bilangan penduduk yang terlibat dianggarkan seramai 5,200 dan majoritinya berstatus B40.

Gugusan Semarak merekodkan kes sebanyak 350 kes positif Covid-19. Kawasan ini menunjukkan trend peningkatan kes yang ketara. Turut membimbangkan juga terdapat kes positif di kalangan bukan warganegara yang tidak dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling.

Antara fasiliti yang disediakan oleh PKD adalah menjalankan aktiviti saringan dan vaksinasi serta Medical bay yang akan disediakan kepada penduduk  Gugusan Semarak di Blok 2.

Hari ini hari pertama PKPD, 1,040 bakul makanan kering yang disumbangkan oleh kerajaan Menteri Selangor melalui anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad diagihkan kepada penduduk.

Agihan bakul makanan akan dibuat dengan kerjasama daripada petugas yang terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDTP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP4J) dan pihak Jawatankuasa Penduduk Apartmen Semarak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here