2 maut dihempap pokok tumbang

Kuala Lumpur, Dis 20.
Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal pada 3.51 petang.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here