DURGA SATU LAGI FILEM SERAM MIRIP KANCHANA

Pelakon filem seram Kanchana, Raghava Lawrence berlakon dalam sebuah filem baru, Durga. Dia menghasilkan filem produksi dibawah Sri Raghavendra Productions. Raghava mengumumkan  perincian mengenai pelakon-pelakon lain dan maklumat terkini akan segera diuarkan.

Krew filem ini juga telah mengeluarkan dua poster filem Durga yang seram. Para penonton tidak sabar menunggu satu lagi hasil karya Raghava yang cukup meremangkan.

Raghava Lawrence kini membintangi filem Rudran, sebuah filem yang diarahkan oleh Kathiresan.

Satu lagi karya tulisan Vetrimaran diproduksi bersama Kathiresan, diarahkan oleh Senthilkumar adalah filem yang bertajuk Athigaram juga dibintangi oleh Raghava.

Selain daripada itu, Raghava turut berfokus membintangi dalam filem Chandramukhi 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here