Pemandu teksi merempuh 3 kenderaan di KKIA meninggal dunia

KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi yang mengamuk dengan merempuh tiga kenderaan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 19 Julai lalu dilaporkan meninggal dunia. Ng Chin Seng, 65, dilaporkan meninggal dunia Isnin lalu akibat kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Shamsuddin berkata, beberapa ahli persatuan memaklumkan akan membuat penghormatan terakhir kepada Ng sebelum pengebumiannya pada Khamis. Sementara itu, ketika ditanya mengenai insiden 19 Julai lalu, Shamsuddin berkata, kejadian hanya disebabkan salah faham. Katanya, malah pemilik kenderaan yang dirempuh Ng juga tidak mengambil tindakan terhadapnya atau menuntut sebarang ganti rugi.

“Kita tahu masalah dihadapi mendiang dan kita semua juga terkesan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak perniagaan termasuk perkhidmatan kami turut terjejas,” katanya. Shamsuddin turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kesusahan dan kesukaran dihadapi pemandu limosin dan teksi di KKIA.Katanya, masalah kekurangan peluang pendapatan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu akibat pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here