KABINET TELAH MENGHANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 12.23 tengah hari.

Kenderaan yang membawa beliau diperlahankan ketika tiba di perkarangan Istana Negara dan beliau bertindak melambaikan tangan kepada petugas-petugas media.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status kedudukan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba lebih awal dilihat keluar daripada Istana Negara pada jam 11.54 pagi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula yang tiba pada jam 11.17 pagi masih berada di Istana Negara.

Pada jam 1.08 Muhyiddin kembali ke rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara”

Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here