Polis trafik menjadi pahlawan, menyelamatkan 3 kanak-kanak hampir melayang ketika memancing

Dua anggota polis trafik sanggup meletakkan diri dalam risiko demi menyelamatkan tiga beranak yang hampir dihanyutkan air yang tiba-tiba naik ketika sedang memancing di Sungai Klang, dekat Jalan Kinabalu, di ibu negara petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kedua-dua anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sedang bertugas berhampiran dan dimaklumkan orang awam bahawa seorang lelaki, isteri dan anak perempuan mereka terperangkap dalam Sungai Klang yang dinaiki air akibat hujan lebat.

“Tiga beranak itu berjaya diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa memberitahu, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang memancing ikan di tepi sungai dalam keadaan hujan lebat dan secara tiba-tiba air naik tanpa mereka sedari,” katanya kepada media menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, video dua anggota terbabit membantu mangsa tular di media sosial, berkemungkinan dikongsikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. Berdasarkan video dan gambar yang tular itu, dua anggota polis trafik, Hafizul Khalis Anuar dan Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah, tidak memikirkan keselamatan diri mereka, sebaliknya berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam air sungai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here