PRU-15: Abdul Hadi sah pertahan kerusi Parlimen Marang

Kota Bharu: Pas mengesahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan pertahankan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Saya tidak tahu pun ada desas desus beliau (Hadi) tidak akan bertanding pada PRU-15. Hari ini baru saya dengar. Saya boleh sahkan beliau akan pertahankan kerusi yang disandangnya katanya ketika ditanya berhubung ada dakwaan mengatakan Presiden PAS tidak bertanding pada PRU-15.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, hari ini. Pada PRU lalu, Abdul Hadi menang di Parlimen Marang dengan meraih 53,749 undi menewaskan dua pencabarnya dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ditanya jumlah kerusi PN yang akan bertanding pada PRU-15, Takiyuddin berkata, perkara itu belum ada keputusan muktamad.

Kita ada 222 kerusi Parlimen dan belum pasti lagi berapa banyak mahu bertanding. Di Sarawak terdapat 31 Parlimen dan PN tidak bertanding di negeri itu.- MM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here