BERSATU mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM ke-9

Seorang pemimpin BERSATU mengesahkan parti itu menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata Ahli Parlimen BERSATU secara kolektif bersetuju dengan keputusan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi sokongan kepada Naib Presiden UMNO itu.

Sebulat suara kami setuju dengan pilihan Presiden sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat MPT, diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin (Yassin) untuk beliau putuskan. Sokongan penuh semua Ahli Parlimen, katanya kepada BH. Beliau diminta mengulas calon pilihan BERSATU sebagai Perdana Menteri baharu selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) memaklumkan mereka menyokong Ismail Sabri sebagai satu-satunya calon untuk dinamakan jawatan itu.

Ditanya mengenai surat akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong, katanya beliau sendiri secara peribadi sudah pun menghantarnya tengah hari tadi. Saya diberitahu, sekarang ini kita sudah mendapat 114 sokongan yang sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN)  kata Ahli Parlimen Kuala Pilah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here