Polis menggeledah rumah Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membuat pemeriksaan di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini, bagi melengkapkan kertas siasatan kes gangguan seksual. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata tindakan itu adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses siasatan.

Kita buat pemeriksaan bukan penggeledahan atau serbuan di rumah itu. Ia prosedur biasa polis bagi menyiasat sesuatu kes. Setakat ini, saya tidak dapat sahkan sama ada kita membuat sebarang rampasan atau tidak di rumah itu. Kes giat disiasat,” katanya kepada BH, hari ini.

Media melaporkan Ebit tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi tadi dan keluar pada jam 2 petang. Pendakwah itu ketika ditemui media di luar Bukit Aman petang tadi, mendakwa kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here