Kereta terbabas dalam longkang

Temerloh, Mac.
Empat termasuk seorang kanak-kanak parah, manakala seorang bayi lelaki mengalami kecederaan ringan apabila sebuah kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kampung Paya Keladan, Jalan Temerloh-Jerantut, di sini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden membabitkan kereta jenis Honda City itu pada jam 4.36 petang tadi.

“Setiba di lokasi, ketua operasi menyelamat, Ahmad Johar Bidin, mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah Honda City terbabas ke dalam longkang. Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dari kereta itu dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Ismail berkata, mangsa parah ialah pemandu lelaki yang tersepit dan tiga penumpang membabitkan masing-masing seorang wanita dan lelaki dewasa serta kanak-kanak lelaki.

“Seorang bayi lelaki pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh petugas perubatan sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here