AKSI CURI DI PREMIS DIRAKAM CCTV

Kuala Lumpur, Ogos 21-

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri barang di sebuah premis barangan kecantikan dan kesihatan di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.50 petang.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, mendapati seorang lelaki dipercayai mengambil barang dan memasukkan ke dalam beg sandangnya.

“Salah seorang pekerja cuba mengejar tetapi gagal menangkap suspek tersebut,” katanya menerusi status di Facebook rasmi IPD Kuala Selangor pada Sabtu.

Kenyataan itu memberitahu, sehingga kini, polis masih berusaha mengesan suspek terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32813853,” katanya.

Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu menunjukkan seorang lelaki memakai pelitup muka memasukkan barang dicuri ke dalam beg sandang dan poket kiri serta kanan seluar.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu dirakam CCTV premis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here