Pihak polis mengesahkan seorang ditemui mati akibat serangan jantung di dalam kereta pada jam 8.23 pagi hari ini.
Lelaki yang mati dikenali warga Melayu berumur 56 tahun disyaki gelandangan dan tinggal di dalam kereta di kawasan Shah Alam.
Pemeriksaan oleh pihak Hospital Klang dapati tiada sebarang kecederaan dan tiada unsur jenayah dikesan.
Mayat simati telah dihantar ke Hospital Besar, Klang untuk dibedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.