“SEKIRANYA KERAJAAN MELAKUKAN KESILAPAN, KAMI TIDAK MAHU DIHERET BERSAMA DENGAN MEREKA”- KATA PH BAGI TAWARAN PM

Petaling Jaya, Ogos 23-

Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan tawaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Menurut sumber dalam pakatan terbabit, pemimpin utama daripada PKR, DAP dan Amanah akan bertemu sama ada hari ini atau beberapa hari lagi.

“Susulan mesyuarat berkenaan, keputusan yang dibuat kemudiannya akan dibincangkan dengan parti pembangkang lain seperti Pejuang, Muda dan Warisan.

“Setakat ini, PH tidak membuat apa-apa keputusan dan berbincang berkenaan tawaran itu selepas mengambil kira ketidaktentuan untuk bekerjasama dengan kerajaan (dalam MPN dan Jawatankuasa Khas)”

Sumber dalaman itu berkata, mesyuarat dibuat selepas DAP menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Ismail, namun ‘pendirian PKR dan Amanah belum ditentukan’,” katanya.

Katanya, kepemimpinan PH juga akan berbincang sama ada tawaran itu membawa manfaat dan tidak mahu terheret “sekiranya kerajaan sedia ada melakukan kesilapan, kami tidak mahu diheret bersama dengan mereka”.

Beliau berkata, rakyat kini sedang menunggu maklum balas daripada PH berhubung tawaran terbabit dan mesyuarat dijangka memutuskan sama mereka menyambutnya atau tidak.

“Kepimpinan PH mahu teguh bersatu dalam membuat keputusan. Kami perlu menyatakan secara jelas alasan keputusan dibuat,” katanya.

Mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan kemungkinan Ahli Parlimen pembangkang ditawar mengisi jawatan menteri.

“Ada khabar angin mendakwa beberapa Ahli Parlimen sudah dihubungi secara peribadi dan ditawarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Ini juga akan dibincangkan,” kata sumber dalaman itu sambil menambah kenyataan media akan dikeluarkan jika keputusan dimuktamadkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here