ISMAIL SABRI MULA BERTUGAS SECARA RASMI SEBAGAI PM

Kuala Lumpur, Ogos 23-

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Kenderaan membawa Ismail Sabri tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.23 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Perdana Menteri sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata ketibaan Ismail Sabri disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Rakon.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang.

Kenyataan itu menyebut Ismail Sabri diiringi pegawai kanan kerajaan kemudian dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermula tugas beliau sebagai Perdana Menteri sebelum beliau dibawa ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here