ANAK SEMPAT MENGELUARKAN BAPA MAUT DARIPADA RENTUNG.

Melaka, Ogos 26-

Seorang anak sempat mengeluarkan bapanya yang tidak sedarkan diri daripada rentung selepas kenderaan milik orang tuanya itu terbakar, dalam kejadian di Taman Pokok Mangga, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 8.25 pagi itu, ayahnya, Md Lela Othman, 51, yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai terkena serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Afzanizar Ahmad, berkata kejadian disedari anak lelakinya selepas terlihat kenderaan Proton Exora bapanya terbakar di bahagian belakang kemudian dia bergegas keluar.

Beliau berkata, pada 8 pagi, lelaki berkenaan ada mengadu sakit dada sebelum keluar untuk menghidupkan enjin kenderaannya yang diletakkan di hadapan rumah.

“Anaknya yang melihat kenderaan itu dipenuhi asap serta terdapat api di bahagian belakang membawa bapanya keluar dan ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang tiba pada 8.50 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiada kesan melecur atau terbakar di bahagian badan mangsa dan polis tidak menemui kesan unsur jenayah.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here