Malaysia di landasan tepat untuk terus maju – PM

Kuala Lumpur, Dis 06.
Malaysia berada di landasan tepat untuk terus maju berdasarkan kejayaan mencapai kestabilan politik dan keamanan yang dikecapi dalam tempoh setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Perpaduan mempunyai pasukan yang mengutamakan kestabilan politik dengan berusaha memperkenalkan setiap dasar yang jelas untuk meningkatkan keselesaan rakyat dalam pelbagai aspek antaranya kualiti pendidikan, kesihatan dan bantuan terus kepada rakyat secara adil.

“Sekarang tumpulah untuk membangunkan negara dan elakkan daripada unsur-unsur negatif kerana saya yakin kalau ini dapat kita lakukan dalam satu tahun, kita akan dapat tingkatkan Malaysia, lebih harum dan hebat di rantau ini.

Ini (pandangan) pemerhati politik, ekonomi dan pelabur yang semuanya melihat begitu,” kata Anwar pada program Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Tiwikrama Perdana Menteri terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting adalah keselesaan rakyat dan kerajaan komited membantu rakyat yang terkesan berikutan kenaikan harga barang dengan melaksanakan pelbagai langkah antaranya pelaksanaan subsidi bersasar dan meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here