PM MENGHADAP AGONG BAGI MEMPERSEMBAH SENARAI ANGGOTA KABINET BAHARU HARI INI

Kuala Lumpur, Ogos 26-

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan ini bagi mempersembahkan senarai nama jemaah Kabinet untuk mendapat perkenan Baginda.

Sesi menghadap dijangka berlangsung di sebelah pagi.

Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan akan umum jemaah Kabinetnya minggu ini.

Pengumuman itu, jelas beliau, akan dibuat selepas mendapat perkenan Tuanku.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu susulan penyandangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here