BERWASPADA KES PENIPUAN PARCEL SCAM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah menerima tiga laporan polis berkenaan kes Parcel Scam. Dalam ketiga-tiga kes, mangsa telah berkenalan dengan seorang individu melalui media sosial.

Ketiga-tiga mangsa dalam kes tersebut merupakan ibu tunggal yang mana kenalan alam maya telah memaklumkan ada menghantar bungkusan dari luar negara. Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan kos penghantaran bungkusan tersebut.

Namun begitu, bungkusan yang dijanjikan tidak diterima. Kes melibatkan kerugian berjumlah RM 31,500. Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Statistik menunjukkan bagi tempoh Januari sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak (115) kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM 1,641,359.96 berkenaan penipuan Parcel Scam telah dibuka. Sindiket mensasarkan golongan wanita yang bekerjaya dan ‘kesunyian’ sebagai mangsa.

Mohd Mahidisham Bin Ishak

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Mohd Mahidisham Bin Ishak  menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan melakukan transaksi tanpa usul periksa. Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here