Pemandu maut digilis bas sendiri

Petaling Jaya: Pemandu bas maut digilis kenderaan berat itu yang bergerak secara tiba-tiba ketika sedang membaikinya di tepi jalan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Tol Subang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk ke bawah kenderaan itu untuk membaikinya. Namun bas dipercayai bergerak lalu memanggil mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian mangsa.

Beliau meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau mana-mana balai polis berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here