Mahkamah tolak rayuan keluarga berhubung kematian Karuna Nithi

Putrajaya, Okt 20.
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan sebuah keluarga untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman sivil keluarga itu terhadap kerajaan berhubung kematian tahanan polis, mendiang P. Karuna Nithi pada 2013.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk S Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing, sebulat suara berkata, saman pemula oleh keluarga itu sama seperti sebelum ini yang terdahulu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 2018.

Pada Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kedua keluarga itu yang difailkan pada 2021.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Mohd Nazlan berkata, walaupun saman kedua itu mencuba pendekatan berbeza dengan mendapatkan pelepasan atas dakwaan melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan, saman itu masih pada dasarnya menuntut pampasan daripada kerajaan berhubung kematian Karuna Nithi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here