MITRA sudah belanja RM100 juta

Putra Jaya, Sep 20.
Sebanyak RM100 juta dana diperuntuk kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) tahun ini sudah dimanfaat sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk R. Ramanan, berkata semua dana terbabit digunakan meliputi pelbagai program yang sudah, sedang dan akan dilaksana.

Berdasarkan perancangan program yang diumumkan sebelum ini, saya ingin memaklumkan RM100 juta dana MITRA sudah dimanfaatkan sepenuhnya bagi tahun 2023.

Ini pencapaian yang amat baik berbanding tahun sebelum ini kerana pada tahun lalu, hanya 63 peratus peruntukan digunakan, 2021 (73 peratus) dan 2020 (63 peratus), katanya pada sidang media di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here